BAHANA SELFIE
Karya
asli: Niles M. Sunantha
''Jom selfie jap!,'' Lexi menekan
butang 'snap' di telefonnya. Begitulah rutin harian Lexi, Pim, Derrick, Hani
dan Alvin . Pelajar tingkatan lima Penang Free School. Sebuah sekolah berusia
201 tahun yang sudah bertapak di Malaysia sejak penjajahan British di Tanah
Melayu sehingga sekarang. Sekolah itu menjadi bukti dan saksi kepada banyak
kejadian sedih dan sadis yang berlaku sepanjang berdirinya bangunan itu.
Banyak spekulasi yang beredar dalam
kalangan warga sekolah itu. Tapi yang jelas, Penang Free School adalah sekolah
yang agak terkenal dengan keangkerannya. Biasalah, yang namanya sekolah takkan
lengang daripada kisah-kisah seram.
''Kau post kat Instagram,
buat kali ketiga dalam hari ni tau.. Kau ni gila selfie ..,'' Pim hanya
menggeleng saja, tak sedar dia juga sama. ''Eleh kau kutuk aku, kau? Empat
kali..,'' bisik Lexi disertai dengan tawa kecilnya. ''Banggalah jadi budak selfie
, nanti jin selfie dengan kau padan muka kau,'' Alvin menyampuk
perbualan mereka berdua.
''Amboi Alvin ,mulut kau.. Kang aku
cili padan muka,'' Hani memukul lengannya. Hari ini adalah cuti penggal kedua
buat Penang Free School. Namun , tingkatan 5 di arahkan untuk meninggalkan cuti
mereka untuk Kelas Intensif SPM. Memang menjengkelkan juga bila masa untuk
merehatkan minda mereka di ganggu dengan aktiviti sebegini.
Beberapa minit kemudian , pusat sumber dibuka
dan tiba masanya untuk kelas intensif untuk matapelajaran Matematik bermula...
4:31 PETANG .
TAMAT KELAS INTENSIF.
Mereka berehat sebentar di sebuah
restoran mamak terkenal di bandar Georgetown . Pim mula membuka bicara setelah
lama bungkam dari tadi . ''Hey, cikgu Hayden ada chat aku kat Whats
App tadi , malam ni ada kelas Rekacipta.. Untuk kelas kita je, sebab ramai
yang salah buat kat kerja kursus..,'' Pim memberitahu mereka ''hummm, aku on
je ..,'' Lexi mengeluh kecil.
''Alaaa sekejap je, lagipun jarang
kita tengok sekolah tu malam-malam... Sebab aku dengar daripada bekas senior kat
sekolah ni , sekolah ni malam-malam hidup tau..,'' Pim berharap mereka faham
apa yg dia cuba sampaikan ''ohh , aku pun ada dengar urban legend , 5
tahun lalu ada satu team pelajar yang ada kelas malam, mereka selfie dan
tak sengaja tertangkap satu gambar..''kata Lexi.
''So apa yang jadi kat team
tu?,'' Alvin bertanya. ''Mereka kemalangan, mereka selfie kat satu
bengkel lama Kerja Paip Domestik kat sini,'' jelas Lexi lagi.
''Tapi tu cuma urban legend..
Mana tau tipu, nak buat orang kencing dalam seluar..,'' Derrick cuba menafikan
kisah itu. Lagi pun tiada satu berita pun mengenai kematian mereka. ''Dah lewat
ni, jom balik ..,'' Hani mengerling jam Rolex ditangan kirinya. Tapi sebelum tu
macam biasalah , mereka mengambil selfie untuk beberapa ketika.
7:30 MALAM.
BENGKEL REKACIPTA.
''Baiklah, cikgu nak kamu semua
betulkan 1.4(IV) malam ni juga, ramai yang salah.. Kepada yang dah siap
betulkan , bagi cikgu tengok.. Kalau cikgu cakap okay, kamu boleh balik..,''
kata cikgu Hayden. Guru cemerlang Rekacipta itu. ''Eh Pim tengok lukisan kau
jap.. Alaaa patutlah, aku punya tak ada rendering..,'' Derrick lupa
hendak membuat ton pada lukisan produknya itu.
Setelah sejam setengah membetulkan
kesalahan pada beberapa helai kertas kerja kursus. Para pelajar 5 Cemerlang
dibenarkan pulang memandangkan hari sudah lewat malam. ''Selfie jap... Okay
jap..,'' Pim memuat naik gambarnya bersama-sama mereka di Instagram dengan
kapsyen *Done RCP class*. ''Jom balik, humm hari dah malam ni..,'' Lexi
mengeluarkan kunci keretanya.
Semasa mereka ingin keluar dari bengkel ,
mereka berempat berhenti seketika. ''Sekejap! Jom lah selfiie jap! Haa
aku rasa tempat ni sesuai.. Dengan pencahayaan yang perfect, baru nampak
unsur mistis kat gambar..,'' Alvin berkata.
Kemudian mereka mengambil tempat
masing-masing.''Satu ,dua ,tiga!,'' mereka membuat gaya bebas tersendiri.
''Okay jom balik..,'' barulah mereka lega kerana dapat pulang.
Dalam perjalanan mereka ke rumah
masing .mereka bertanya kepada Lexi tentang kisah tadi. ''Hey , aku nak tanya
kau pasal bengkel KPD tu, apahal ditutup, yelah kau kan penyiasat profesional
kami,'' Hani menepuk-nepuk bahu Lexi .
''Ohh, sebab 10 tahun lepas ada kes rogol dan
bunuh seorang pelajar perempuan. Ceritanya pelajar ni pendiam, ada seorang
cikgu yang taruh hati kat dia.. Tapi perempuan tu tolak mentah-mentah,malam tu
masa balik kelas malam, dia diculik guru tu dan di bawa ke bengkel tu dan...
Kau faham-faham jelah guru tu buat apa kat dia kan..lepas tu tak puas dengan
cabul kehormatan pelajar tu ,dia seksa dan.. Paksa pelajar tu untuk selfie
dengan dia dalam keadaan yang mengerikan.. Pelajar tu cuba melawan tapi guru tu
tak sengaja pukul dia pakai paip besi ,mayat dia kena tanam kat belakang
bengkel'' Lexi menamatkan ceritanya itu.
Mereka rasa sedikit seram sejuk
mendengar cerita Lexi itu ''dan apa yang lebih seram.. Mereka bawa K9 ke sana,
bila anjing K9 mereka dapat kesan mana mayat tu dan mereka mula menggali, tak
ada apa-apa langsung ... Hilang, mengikut pengawal keselamatan pun dia nampak
guru tu macam tanam sesuatu..,'' sambungnya. ''Aku rasa macam ada orang ikut
kita..,'' tegur Pim yang melihat cermin sisi,dia melihat seperti ada tangan
yang mencengkam belakang kereta. ''Huh?'' Pim cuba mengatakan pada dirinya
mungkin hanya ilusinya saja.
Alvin ingin memuat naik gambar mereka tadi di
laman sosial. Dia mengamati ada sosok lembaga tak kasat mata berada di belakang
mereka. Dengan wajah mengerikan dan tersenyum mnyeringai menampakkan sisi
gelapnya. ''Hei... K..Korang...,'' Alvin memanggil mereka . ''Apahal...
Ehh...Hei! Tengok!,'' Pim dan yang lain melihat foto itu kecuali Lexi yang
fokus memandu. ''Lexi...'' Hani menunjukkan pada Lexi.
Tiba-tiba ada mesej. Hani membukanya
dan terkejut beruk. *cantikkan?* mesej berupa itu datang berkali-kali tanpa henti,
Hani membaling telefon itu keluar. ''Hani!,'' Alvin menjerit ''phone kau tu ada
puaka lah!,'' jeritnya kembali. Mereka terhenti apabila bunyi daripada telefon
Alvin yang baru dibuang oleh Lexi tadi, Alvin dengan berani mengambil telefon
itu di kerusi belakang. Ada panggilan. Alvin menjawab dengan gugup.
''He..Helo..,''. ''cantikkan?,'' suara itu berulang , pembesar suara di
hidupkan dengan sendiri. Mereka mula panik, Lexi juga sama. ''Buang phone
tu!,'' arah Derrick, Alvin membuangnya.
''Lexi!!!,'' Hani menjerit . Lexi
melihat lori dihadapannya. Namun semuanya sudah terlambat. Mereka merempuh lori
minyak itu , kereta mereka melanggar besi penghadang jalan.
Keesokkan harinya, pihak paramedik
dan polis pergi ke tempat kejadian. Kesemua mangsa telah meninggal dunia.
Inspektor Shahrul yang mengetuai siasatan memeriksa telefon pada seorang mayat,
mayat Alvin. Buka saja telefon itu, dia sangat terkejut. Tangannya menggeletar
, gambar-gambar selfie keempat-empat mayat seperti mereka masih hidup.
Kemudian , telefon itu mati dengan sendiri. Apabila cuba dihidupkan , ianya
gagal berfungsi.
''Inspektor.. Keluarga mereka nak
jumpa inspektor,'' seorang daripada pegawainya berkata ''b..baik, tunggu
sekejap..,'' Inspektor Shahrul menenangkan dirinya. Dia teringat dengan kes
kematian guru itu, pihak polis menjumpai gambar mayat sebelum si guru mati.
Kemudian yang ngerinya si guru yang telah mati 'mengambil gambarnya' sendiri.
Sama seperti apa yang berlaku sekarang, adakah ini satu sumpahan ? Kes itu
sehingga sekarang tidak selesai, siapa yang bersalah dan... Di manakah
hilangnya mayat pelajar yang di bunuh oleh guru itu? Yang jelas, fotografi
menjadi saksi bisu setiap perkara. Kepada yang kaki selfie. Masih berani
berselfie?
No comments:
Post a Comment